SAMSUNG Bakal Perkenalkan TV yang Boleh Berubah Menjadi TELEFON PINTAR?

Sero.png

SERO, SERIF & FRAME merupakan teknologi TV yang mampu berputar seperti sebuah telefon pintar yang bakal dilancarkan oleh syarikat teknologi siber gergasi SAMSUNG.

TV ini bakal memiliki teknologi paparan QLED, 4K dan bersaiz 43 inci. Pada kedudukan melintang ia adalah seperti sebuah TV LED biasa, tetapi apabila diputar pada kedudukan sudut 90 darjah, ia berubah kepada bentuk sebuah telefon pintar gergasi.

Menurut Han Jong-hee, Presiden Paparan SAMSUNG, beliau akan secara berterusan akan memenuhi citarasa pengguna khususnya kepada golongan milennial yang merupakan pengguna majoriti peranti berteknologi tinggi pada hari ini.

Pada paparan potret, pengguna boleh menghubungkan telefon pintar mereka melalui teknologi NFC dan melihat papaparan skrin telefon pintar pada ruang yang lebih besar di skrin TV.
Sero bakal memiliki sistem audio 4.1 dengan kuasa 60-watt disamping sokongan “love it or hate it – The Bixby, pembantu digital”.

Menurut SAMSUNG,Sero bakal memasuki pasaran Korea Selatan pada penghujung bulan Mei ini dan memiliki tanda harga sekitar USD 1,600 atau RM 6720.

Sumber : HotHardware

 

 

Kongsi

Leave a Reply