Bicara Pengguna: Waspada Jenayah Siber

Perkongsian ilmu kepada pengguna siber berkenaan jenayah siber yang semakin berleluasa. Macau Scam antara sebahagian jenayah siber yang mengancam pengguna di Malaysia. Mana tidaknya, negara kerugian melebihi RM 5 BILLION dalam tidak sampai 3 tahun dari nilai KDNK dan bayangkan nilai itu sepatutnya menjadi modal kepada lebih banyak perkara yang baik untuk rakyat dari hanya menjadi keuntungan kepada pihak penjenayah terancang di dalam ruang siber. Beberapa cadangan dilontarkan kepada pihak kerajaan agar lebih drastik dalam mengekang penularan jenayah ini.

1. JABATAN kan Unit Jenayah Siber & Multimedia yang kini dibawah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil agar IO khusus berkenaan jenayah siber dapat diwujudkan di semua Ibu Pejabat Daerah bagi melancarkan siasatan terhadap semua laporan jenayah siber oleh mangsa.

2. Perketatkan undang-undang berkaitan penggunaan akaun bank peribadi oleh pihak ke-3. Ini bagi mengelakkan pertambahan AKAUN KELDAI / MULE ACCOUNT yang kini mencecah puluhan ribu. Kenakan tindakan kepada pemilik akaun keldai agar menjadi tauladan dan iktibar kepada masyarakat.

3. Meminda akta jenayah komputer & akta komunikasi dan multimedia agar ia dapat merangkumi keseluruhan aspek kepenggunaan siber dengan menjangkakan perubahan teknologi 10 tahun kehadapan.

4. Menambah baik kelengkapan teknologi siber bagi memudahkan siasatan jenayah siber dilakukan bagi menjejak penjenayah siber yang bersifat “ANONYMOUS”.

5. Wujudkan sebuah institut jenayah siber khusus bagi mengkaji arus perkembangan pattern/mo jenayah siber terkini serta mengkaji kaedah untuk pencegahan dengan lebih awal.

6. Segera wujudkan platform / inisiatif sukarelawan siber negara agar masyarakat sama-sama dapat membantu menyebarkan maklumat benar / advokasi di media sosial dengan lebih terarah dan setiap sumbangan masyarakat dinilai bagi tujuan menggalakkan lebih banyak nilai murni di dalam ruang siber.

7. Memperkasa badan koordinasi seperti Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), Pusat Jenayah Kewangan Kebangsaan (NFCC), dengan memberikan punca kuasa kepada mereka seperti mengendalikan akta tertentu bagi tujuan memudahkan proses membanteras kegiatan penjenayah siber.

Kategori jenayah siber saban hari semakin bertambah, bukan sahaja ancaman penggodam, penipuan dalam talian (scam), kecurian data peribadi, buli siber, hasutan di media sosial/ blog, kini merangkumi segenap aspek kepenggunaan kita di dalam ruang siber itu sendiri. Semakin bertambah kebergantungan pengguna terhadap digital/internet/siber atau apa sahaja istilah yang mudah difahami pengguna.

Mohon mencadang!

Sumber: RTM1 & FB Siraj Jalil (Presiden MCCA)

Kongsi