Finas kecewa platform e-dagang jual filem cetak rompak, ‘Keluarga Iskandar’ antara mangsanya

Ahmad Idham menjelaskan pihaknya akan mendapatkan maklumat dari pihak-pihak e-dagang sama ada mereka mengetahui bahawa produk yang dijual itu asli atau tidak. – Bernama

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) sedang membuat siasatan berhubung kegiatan penjualan filem-filem tempatan yang dicetak rompak di platform e-dagang.

Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Ahmad Idham Nadzri menjelaskan pihaknya akan memberi tumpuan kepada pihak e-dagang dan juga mereka yang menjual filem-filem cetak rompak di platform terbabit.

Beliau menjelaskan pihaknya kecewa dengan tindakan tidak bertanggungjawab pihak terbabit yang menjual filem-filem cetak rompak secara digital.

“Kami akan menyiasat dua pihak iaitu pihak e-dagang dan mereka yang menjual filem-filem tersebut.

“Siasatan kami untuk memastikan sama ada mereka ini mempunyai lesen pengedaran dan adakah sudah mendapat kebenaran pihak penerbit untuk menjual filem-filem tersebut.

“Berdasarkan laporan yang kami terima, mereka tidak mendapat kebenaran dari penerbit untuk menjual filem-filem tersebut,” katanya kepada Astro AWANI.

Sumber: Awani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp