Ahlong siber semakin mengganas bakar kereta mangsa

AHLONG SIBER SEMAKIN BERLELUASA MEMANIPULASI PENGGUNA!

“KINI MENGUGUT MEMBAKAR KERETA MANGSA!”

Aktiviti Ahlong Siber menggunakan apps telah melanggar Akta Pelindungan Data Peribadi, Akta Komunikasi & Multimedia dan melakukan ugutan jenayah kepada pengguna. Walaupun tindakan peminjam melakukan kelewatan pembayaran, tapi tidak wajar pihak pemberi pinjaman ini melanggar undang-undang lain seakan mereka ini kebal dari undang-undang negara. Pihak kami memandang serius isu yang sedang rancak dilaporkan kepasa pihak kami ini, dan berharap pihak KPKT, SKMM dan PDRM dapat melihat isu ini dan mengambil tindakan yang sepatutnya.Pihak aplikasi ahlong ini berselindung dengan iklan pinjaman wang yang cepat dan pantas melalui media sosial dan aplikasi pesanan ringkas. Mangsa yang terjerat akam membuat pinjaman melalui aplikasi yang dimuat turun melalui apps store. Sebaik peminjam memuat turun dan membuka aplikasi tersebut, pengguna kebiasaannya membenarkan akses apps kepada maklumat peribadi seperti gambar, kontak kenalan, kamera dan lain2 maklumat dari telefon pintar peminjam
Tindakan ini dimanipulasi oleh pihak ahlong bagi tujuan ugutan sekiranya peminjam lewat membuat pembayaran balik dan mereka melakukan tindakan membuli di platform siber dengan membuat poster yang memalukan mangsa, membuat ugutan jenayah yang memberi kesan psikologi yang buruk kepada pengguna dengan menggunakan data yang mereka ambil dari telefon pintar pengguna itu sendiri.
Perkara ini memberikan kegusaran kepada masyarakat awam bukan sahaja kepada mereka yang terjebak dengan meminjam wang dari aplikasi ahlong ni bahkan ahli keluarga dan sahabat handai turut terkesan.

Akta terkait :
1) Akta Perlindungan Data Peribadi – Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia
2) Akta Komunikasi & Multimedia – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
3) Jenayah Ugutan – Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )
4) Akta Pemberi Pinjam Wang – KPKT Malaysia


Video dibawah ini adalah salah satu video yang telah dihantar oleh mangsa ahlong siber ini. Tindakan ini merupakan satu ugutan jenayah dan seharusnya diambil tindakan oleh pihak PDRM.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp