Telefon Peguam Negara, KSN dan Menteri PH digodam!

B8D51751-5D3E-4A56-9F72-2A8AA40F9778.jpeg

Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Abdul Hamid Bador mengesahkan laporan bahawa beberapa telefon termasuk Peguam Negara, Tommy Thomas dan Ketua Setiausaha Negara, Ismail Bakar telah digodam minggu lepas.

Laporan The Edge hari ini juga menyatakan bahawa beberapa telefon milik menteri turut digodam, walaubagaimanapun tidak mengetahui berapa dan siapakah pemiliknya

Merujuk kepada sumber, laporan Cawangan Khas mengesahkan bahawa telefon-telefon berkenaan telah digodam dan laporan polis telah dibuat.

Laporan itu juga difahamkan, Thomas tidak lagi menggunakan telefon berkenaan dan telah menggunakan telefon yang baharu.

Sumber : The Edge

Kongsi

Leave a Reply