Biadap: Rukunegara kian tercabar!

12/4/2019 – PUTRAJAYA: Biadap! Itulah ungkapan yang paling sesuai buat pemilik akaun Facebook ‘Sabah-Sarawak Merdeka’.

Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA) hari ini tampil kehadapan bagi mempertahankan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dari di hina di media sosial. MCCA mengecam sekeras-kerasnya tindakan pemilik page FB Sabah-Sarawak Merdeka yang memuat naik gambar SPB YDPA yang telah diubahsuai dengan gambaran yang sangat menghinakan seperti berbogel, digantung dan haiwan khinzir.

Tindakan penghinaan ini telah menggugat prinsip RUKUNEGARA yang ke-2 iaitu “Kesetiaan Kepada Raja & Negara” yang menjadi asas perpaduan rakyat Malaysia.

Justeru itu, pihak MCCA menyeru seluruh pengguna siber di Malaysia agar bersatu padu tanpa mengira latar belakang politik, agama dan bangsa supaya menyanggah dan mengecam tindakan terkutuk penderhaka negara ini.

Pihak MCCA dan Majlis Belia Wilayah Persekutuan telah membuat laporan polis bagi membawa kes ini ke tindakan yang lebih wajar.

Seharusnya orang sebegini tidak layak langsung duduk di dalam negara kita yang harmoni ini.

Seperkara dengan itu, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga telah mengeluarkan kenyataan media berhubung isu ini.

Kongsi

Leave a Reply