Love Scam dari negara India

Peringatan Teman Tapi Mesra!!!

Love Scam dari Negara India

Hati2 dengan love scammer yang makin menjadi2 semula. Pastikan anda berurusan dengan orang yang sebenar bukan melalui sosmed . Sekarang ni dah ada love scam dari india yang mula menggoda wanita malaysia dengan menggunakan gambar palsu lelaki malaysia yang handsome, matang dan berkerjaya dan mencari mangsa yang selalu post mengenai cinta dan menagih kasih sayang.

Mereka rancak dalam memburu wanita malaysia dan memberikan cinta bulan dan bintang dan menjanjikan syurga jannah dalam mengayat wanita malaysia meggunakan Modus Operandi yang sama seperti Nigeria Love Scam

Dari sosmed ke whatsapp messenger dan voice mereka bijak dalam mengayat wanita malaysia dan mereka menggunakan Kod Negara India +91** . Sila pastikan anda tidak berurusan dengan kod negara ini selain dari kod Negara Nigeria +234 dan juga berhati2 dengan love scam yang menggunakan nombor malaysia sebab mereka juga menggunakan nombor tempatan dalam mengayat wanita malaysia.

Modus Operandi

  1. Mangsa berkenalan suspek melalui sosmed (Facebook, Twitter, Instagram dll). Suspek akan cari mana2 mangsa yang suka post dan suka membuat pengaduan mengenai cinta, kasih sayang, rindu dan pasangan lelaki/wanita dan masalah rumahtangga
  2. Suspek akan menggunakan sebaik mungkin 1001 cara untuk menakluk hati mangsa melalui kata2 manis yang mencairkan hati dan perasaan, janji bulan dan bintang, panggilan manja yang mencetuskan gegaran jantung mangsa untuk menawan hati yang tulus suci murni mangsa
  3. Dalam tempoh suai kenal dalam tackle menackle hati mangsa dengan menggunakan voice samada whatsapp call atau direct call, suspek cuba menjalinkan hubungan yang intim teman tapi mesra seperti boyfriend/girlfriend seperti anda dalam dunia percintaan yang sebenar benarnya.
  4. Setelah mangsa terpedaya dengan suspek akan cuba menjerat dengan cinta yang tulus ikhlas dan mula menagih simpati dan meminta pelbagai pertolongan kewangan dari mangsa.
  5. Suspek akan cuba sedaya upaya untuk meyakinkan mangsa untuk memindahkan wang ke dalam akuan suspek
  6. Setelah suspek berjaya mendapat jumlah wang yang banyak sampai licin suspek terus block nombor telepon mangsa atau menghilangkan diri terus tanpa dapat dikesan oleh mangsa

AMARAN KEPADA PENGGUNA SIBER

  1. Pengguna siber perlu tahu adakah pemilik suspek tersebut adalah orang yang sebenar dan bukan identiti palsu. Cuba periksa suspek ini ada kawan2 yang lain dan ada post dalam sosmed mereka.
  2. Cuba buat voice call melalui whatsapp untuk melihat adakah suspek ini adalah orang yang seperti dalam gambar atau bukan. Kalau suspek cuba mengelak memang sah mereka ini adalah love scammer dan malu nak tunjuk gambar muka tongkah pecah mereka.
  3. Kebanyakan suspek akan berbahasa Inggeris dengan anda. Cuba bercakap dengan bahasa nogori ke bahasa kelate ke tengok suspek ini orang malaysia atau orang luar.
  4. Jangan cuba cuba memberikan maklumat peribadi anda atau maklumat mengenai diri anda walaubagaimana sekalipon suspek cuba meminta minta ala manja kambing
  5. Jangan dan jangan mudah terpengaruh dengan bersimpati dengan orang yang anda tidak pernah jumpa F2F dan seperti mempercayai mereka adalah jodoh anda
  6. Simpan semua bukti permindahan wang anda dan nombor yang anda hubungi dan screenshot semua message anda dan kalau boleh record perbualan anda dengan suspek untuk kegunaan dikemudian hari
  7. Jaga DIRI, Jaga SOLAT dan BERDOA kepada yang Maha Esa dipermudahkan hidup dan jodoh anda mendapat pasangan yang baik untuk anda. Amin!!!

TARGETED SHOOT TO SCAM
Wanita/Lelaki Kesepian, Keseorangan, Dahagakan Kasih Sayang, Rindu Serindunya, Masalah Percintaan dan Rumahtangga, Mencari Cinta Sejati, Pemburu Jodoh, Hati Yang Kekosongan, Perluka Tempat Teduh dan Sandaran.

Sumber: FB Mohd Fazli Azran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp