2.2 Juta Rakyat Malaysia Guna Media Sosial Lebih 18 Jam?

8536FB59-356E-4FFE-92B4-DCE8B14E1EA8.jpeg

Merujuk kepada laporan “Internet User Survey 2018” oleh Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia, seramai 27.8 juta pengguna media sosial di Malaysia telah direkodkan. Jumlah ini sentiasa meningkat saban tahun.

Daripada laporan itu, beberapa kategori penggunaan mengikut masa dalam sehari telah direkodkan termasuk penggunaan kurang dari 1 jam (9.6%), penggunaan 1-4 jam (39.2%), penggunaan 5-8 jam (23.9%), penggunaan 9-12 jam (13.4%), penggunaan 13-18 jam (5.7%) dan penggunaan melebihi 18 jam (8.1%).

8.1% kepenggunaan media sosial ini mewakili jumlah lebih 2.2 juta orang.

Anda dikategori yang mana?

sumber : https://www.mcmc.gov.my/skmmgovmy/media/General/pdf/Internet-Users-Survey-2018.pdf

Kongsi

Leave a Reply